Thursday, February 25, 2010
Si Kecil
Thursday, February 18, 2010
Apa itu Cinta
cinta itu akan membuatkan kita lupa akan dunia luar
cinta buat kita rindu dia klu kita x jumpa
sebelum tdo mesti nak meseg dengan die dulu..
setiap kali terjaga dari tdo mesti nak tengok henset..
ye la..tgk2 klu org tersayang ada hantar kata-kata indah..
kata-kata sayang..
kata-kata rindu..
cinta membuatkan kita lebih bersemangat..
klu kita nampak die..
perrrhh...rasa best sangat...
tambah-tambah lagi klu die tgk kita balik...
mcm dunia ni kita yang punya..
cara die pandang memang berbeza......
mata cinta
mata cinta akan kita dapat lihat apabila die senyum kat kita..
ahh..masa tu baru tau betapa nikmatnya cinta..
kalau pegi mana-mana tempat orang ramai...
walau berjuta orang..
namun......
mesti hanya nampak die saja..
alahai....indahnya cinta...
p/s: cintai lah kepada yang lebih mencintai.....
Wednesday, February 17, 2010
Mari Belajar Bahasa Brunei
kali ni aku nak ajar sesiapa saja yg membaca blog aku ni...free2 dapat belajar bahasa brunei...bahasa brunei merupakan bahasa pertuturan yang digunakan di negara brunei sendiri, pendalaman bawah sabah dan utara sarawak.bahasa brunei mempunyai bnyk persamaan dgn bahasa melayu, cuma terdapat berberapa perbezaan yang ketara dalam sebutan.
aku akan memberitahu serba sedikit beberapa ciri2 bahasa brunei..... Antara kelainan yang terdapat pada bahasa brunei adalah penggunaan vokal “a” pada menggantikan vokal “e”, vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’ vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’ dan penghapusan huruf ‘h’ dalam kebanyakan perkataan bahasa Brunei.
Sebagai contoh:
1- Vocal ‘e’ kepada vocal ‘a’:
pekan = pakan
bedak = badak
berarak = bararak
kembang = kambang
2- Vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’:
Bola = bula
Botak = butak
Bodoh = buduh
Bongkak = bungkak
Boleh = buleh
3- Vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’:
Berak = beria
Merah = mirah
Besok = bisok
4- Penghapusan huruf ‘h’:
Hantu = antu
Sekolah = iskul
Faham = fa am
Hancur = ancur
Bahasa Brunei juga mempunyai istilah-istilah tertentu dalam menggambarkan benda atau perbuatan.kadang-kadang istilah-istilah yang digunakan agak bertentangan dengan maksud perkataan itu sendiri. Antara perkataan tersebut ialah:
1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- Baibun = bergurau
8- Buyuk = tipu
9- Sigop = rokok
10- Awu ‘= iya
11- Ben = van
12- Eskul = sekolah
13- Stetmin = kenyataan
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- mengkalakari = menipu
21- tejulayak = tersadong
22- mengarabat = tersungkur
23- pendidip = mancis
tp yang aku sedih, x ramai sudah anak-anak bangsa brunei yang tau menggunakan bahasa brunei ni..ya la kan...sudah moden..bnyk sudah gunakan bahasa melayu sebenar...(cakap key ell)...hahaha...aku harap bahasa brunei ni x akan hilang....
Thursday, February 11, 2010
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...
2 la dunia....
aku sering kali mengalami perkara begini...mmg sakit la time menerima hakikat yang usaha kita adalah sia-sia....terasa macam bodoh dan d perbodohkan...so, klu aku yang mengalami perkara ini, aku akan serik dan mgkin akan berdendam...aku x akan maafkan sampai bila-bila.ye la, kita yang rasa, bukan orang lain yang rasa...aku yang rasa sorang....orang lain tersenyum ja...tp kita yang merana...
hidup mesti d teruskan....yang penting aku happy.......
Thursday, February 4, 2010
My Hobby (^__^)
dah bnyk mcm tempat aku memancing dan tentunya dah pelbagai ikan dah aku tewaskan...dgn daya kekuatkan ikan 2 menyentap batang kail aku...fuhh!!!!!!!!!...mmg best...klu kena bg duit pun belum tentu bg joran 2 kan org lain.....pengalaman memancing yg aku x dapat lupakan time aku pg memancing ikan kelah ...kawasan tersebut merupakan kawasan pemuliharaan ikan kelah..dan tentunya klu bab memancing ni mmg lgsg x dibenarkan....tp dah pemancing tegar..kita tibai je....sorok2 pancing kat keta..malam pg mencing...org tua2 kata ikan kelah 2 ada penunggu....tp ketika kami memancing 2,,kata org2 tua 2 ternyata betul...kami di ggu oleh makluk halus..berdiri depan khemah beb mnghadap tmpat kami bakar ikan kelah 2...kecut perut semua....so skrg aku tengah mencari kawan2 yg boleh dijadikan partner dlm perjuangan aku untuk mengmbangkan hobi aku ini..
hobi aku yang kedua ialah mendaki gunung...stakat ni lebih 5 buah gunung telah aku takluki...di antaranya gunung nuang, gunung pain tree hill d bukit frezer, gunung bunga buah, gunung liang timur dan liang barat..dan twin peak....bg aku hobi ni paling best...mencabar daya tahan aku..walaupun badan aku yg agak besar ini, tapi aku dapat menyangkal semua kata2 sumbang yg mengatakan berat badan seperti aku x mampu untuk mendaki gunung...
Wednesday, February 3, 2010
Permulaan Kehidupan yg Baru.....
kat tempat praktikal aku best la. kakitangan di TMPoint tanjung aru ni sume baik2...kak Aridah, kak Asia, aleeng, siti, azni, yana n kak mary...sume dorg sporting...mereka terima kami dengan hati yg terbuka...so...gud luck la for me...huhuhuhu.....harap2 la dapat keja kat cni nanti.
setiap hari, keja yg d bagi aku akan buat dan siapkan dengan pantas dan sebaik2 nya....cayok2...gf pun ada sblh, jd smgt 2 sntiasa membara....hehehehe....
Penantian satu Penyeksaan
Tuesday, February 2, 2010
Bye-Bye GEMS....
Jumpa Seseorang yg Istimewa
Monday, February 1, 2010
Aku masuk GEMS!!!!
huhuhuhu...setelah aku bekerja dgn kawan aku...lepas raya puasa aku ada terdengar satu program ni...org kata best sgt....siap dapat duit rm1000..wah, ni yg best ni...lgpun x payah bayar yuran, makan ditanggung sepenuhnya dan yg paling best tggl kat hotel...bukan kat asrama ek....
Best ooo masuk kat cni.boleh jumpa ramai kawan dan yang paling penting, dapat tgk ramai aweks-aweks..huhuhuhuhu....aku masuk program ni dgn kawan baik aku, izat...aku ajak dia masuk sbb aku x da teman...kami pergi sama2 mendaftar...kawan aku ni siap 1 family hntr die...klu aku, mcm biasa la, asyik berkeseorangan...independents la katakan....anak jantan dah besar, mana boleh bergantung dengan mak bapak lg..
mula-mula kami pergi tempat ni, mmg x prnah pg pun...nak pg hotel ni pun lgsg x tau....siap tanya kat org kampung lg..ada yg ckp kat sana la, cni la...mana satu yg betul ni...last skli kami jalan je terus...hati kering la katakan. kami pun ingat2 lupa la apa nama hotel 2..yang kami ingat tuaran resort je....akhirnya kami telah berjumpa jalan menuju ke hotel 2...mula2 jalan die punya la main cantik,tp lama2 makin kecik,makin kecik last skli jumpa jalan yg berlubang masuk dalam hutan. aku ape lg, siap tanya la izat, betul ke jalan ni.....macam jalan masuk kawasan perkuburan je.....x pe, kami follow je la jalan 2...tiba2 kami terkejut, lgsg x sgka di dalam hutan pun ada hotel yang begitu cantik (cantik d luar je).
alamak!!!! aku baru kena bgtau yg kursus ini full english...x boleh cakap BM...abis la aku mcm ni...sudah la tergagap2....x pe...aku hati kering...x cuba x tau keputusannya....
try da best, yes!!! i can!!!!