kali ni aku nak ajar sesiapa saja yg membaca blog aku ni...free2 dapat belajar bahasa brunei...bahasa brunei merupakan bahasa pertuturan yang digunakan di negara brunei sendiri, pendalaman bawah sabah dan utara sarawak.bahasa brunei mempunyai bnyk persamaan dgn bahasa melayu, cuma terdapat berberapa perbezaan yang ketara dalam sebutan.
aku akan memberitahu serba sedikit beberapa ciri2 bahasa brunei..... Antara kelainan yang terdapat pada bahasa brunei adalah penggunaan vokal “a” pada menggantikan vokal “e”, vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’ vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’ dan penghapusan huruf ‘h’ dalam kebanyakan perkataan bahasa Brunei.
Sebagai contoh:
1- Vocal ‘e’ kepada vocal ‘a’:
pekan = pakan
bedak = badak
berarak = bararak
kembang = kambang
2- Vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’:
Bola = bula
Botak = butak
Bodoh = buduh
Bongkak = bungkak
Boleh = buleh
3- Vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’:
Berak = beria
Merah = mirah
Besok = bisok
4- Penghapusan huruf ‘h’:
Hantu = antu
Sekolah = iskul
Faham = fa am
Hancur = ancur
Bahasa Brunei juga mempunyai istilah-istilah tertentu dalam menggambarkan benda atau perbuatan.kadang-kadang istilah-istilah yang digunakan agak bertentangan dengan maksud perkataan itu sendiri. Antara perkataan tersebut ialah:
1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- Baibun = bergurau
8- Buyuk = tipu
9- Sigop = rokok
10- Awu ‘= iya
11- Ben = van
12- Eskul = sekolah
13- Stetmin = kenyataan
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- mengkalakari = menipu
21- tejulayak = tersadong
22- mengarabat = tersungkur
23- pendidip = mancis
tp yang aku sedih, x ramai sudah anak-anak bangsa brunei yang tau menggunakan bahasa brunei ni..ya la kan...sudah moden..bnyk sudah gunakan bahasa melayu sebenar...(cakap key ell)...hahaha...aku harap bahasa brunei ni x akan hilang....
13 komen dari kamu:
sedang belajar bahasa brunei...
tq dgn info2 yang menarik....
best betul belajar Bahasa Brunei. Salam Dari MALAYSIA...^^)
setiap perkataan dalam bahasa Brunei juga ada makna yang sangat mendalam seperti perkataan "Bisai" yang mempunyai banyak makna iaitu lawa, cantik, angun, indah, molek, sempurna dan seumpamanya yang merangkumi dari sifat, perangai, tuturcara dan keadaan.
Jom kita kekalkan bahasa brunie
ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮ ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮ terbaikkk....
1.tabungkias...
2.tekulanit
3.mengurayap
4.tekidum
Brunei😍😍
mengurayap tu apa makmaksudnya?
Ekeke
apa sinonim "Intai" dalam Bahasa Brunei?
key ell hihihi
Ak 12 tpi ak mau betul bljr brunei..padahal ak boleh jk ckp keyy ell..HAHAHA tpi ak bngga kalau bckp brunei..btw tq kak !!
sy benadan tp sy mau bljar Brunei sbb sy mau merantau p Brunei dan bnyak ii bahasa . Brunei laa saya sukaa
Post a Comment